Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

18 July 2016

Jalan-jalan Perth 2016 Part1

Assalamualaikum :)

Hello world! Dari 2014-2016 sepi. Dari Vietnam ke Perth uols! kiki well faktor umur malam-malam malas nak on lappy. Cerita pasal trip ni ai selalu je impromptu-impromptu ni. Tolong lah percaya haha sebab ai tak pernah grab any promo tiket yang murah benar macam free seat whatsoever . Fail nak plan kalo beli awal sangat.

Bulan puasa haritu beriya plan ke Bandung. Nak gi outlet katanya. Tahun lepas tak sempat jajah semua jalan sebab tujuan utama ke Bandung nak cari baju raya dalam Pasar baru. Okay nanti update trip Bandung pulak. Maybe 2 tahun lagi kot haha. Tiap ari gigih bukak skyscanner cheapflight bagai nak tengok tiket murah 10 hari akan datang. Tapi Bandung mahal la jugak dalam hati tu tak putus kata pade muko mekmung

Tiba-tiba berangan nak gi Perth. Guess what tiket Perth & Bandung beza rm100 je omjayyy! Cancel Bandung & gi Perth. Kelam kabut weh buat itinerary. 10 hari lagi nak depart. Kau rasa? Arr why not ajak abah so tak payah nak pikir pasal Freemantle dah. Yeah abah pon ter-impromptu jugak. Mak aisurrender kalo short trip gini. semput katanya.

Ramai PM minta tips minta kos minta itinerary. Ai main terjah je uols. Juling mata baca sana sini takut abah marah kata tak well-prepared haha so moh le baca sama-sama.


1st Day (KL-Perth, Perth City)

Kami depart 9 pagi & sampai sana pukul 4 gitu. 530 masuk waktu berbuka puasa. Bertabahlah tunggu luggage keluar sebab dalam tu ada maggi mee. Maggi penting woo sama jugak pak Brahims. Terlalu penting kalo bajet untuk ke Bandung di bawa ke Perth. Ssajo la blako kalu darab 3.30 gak.


Nak masuk OZ ni strict sikit. so make sure buat list declare siap-siap berapa luggage maggi, Brahims uols bawak. Ubat semua kena declare ya. Ubat gamat minyak angin kategori tradisional okay. Inshaallah they all tak buka luggage korang. kalo boleh makanan dan ubat-ubatan letak dalam satu bag/luggage khas. tidak lah nanti kena selongkar sekali dengan adik baju terkeluar. anjing pengesan pon terkejut nanti ngosek!


Legaaaa dah nampak daratan. 3 kali turbulence uols kecut jantung.
Baca tasbih Nabi Nuh la kak dio. Semakin banyak ai fly semakin gayat pulak.
Sindrom mak-mak barangkali.


Settle luggage terus ke surau nak jamak takdan takhir. Alhamdulillah selesa surau airport. macam nak
mintak bermalam kat situ je, backpacking sekali Qiamulail katanya. Cuaca dah start sejuk ohh kenapa aku ziarah negara sejuk-sejuk gini.  Sibbaik dah pakai thermal warmer siap-siap. Over tau pakai dari KL tapi sangat membantu kalo sejuk lutut dalam flight :p

5 malam cari the cheapest transport ke city. Nak tanya group Tips Cuti Cuti Perth (TCCP) malu pulak rasanya. Hotel kami sipi-sipi city. Rugi amik hotel tengah city sebab kedai tutup jam 5 so nanti gelap je permandangan tingkap korang. Ai amik Transperth Bus ke city. Fare Aud 4.50/pax siap hantar nearest road untuk ke hotel lagi. Driver bus memang helpful sangat. dah rasa macam pakcik sendiri pulak. Lain-lain shuttle bus pon ada. Nak naik taxi/uber/sewa kereta pon boleh. Tapi kalo tak ke luar city naik public transport je. Jimat serta efisyen. Install siap-siap apps 'Transperth' & 'Cat Bus' free bus. Inshaallah ke jalan yang benar.



Bus stop Transperth sebelah kanan tu je.
Mek kecik memang tak sejuk. kami dah pakai jaket bagai dia pakai cardigan je.
"Weee! Im in Straya" she is slang OZ sejak lahir tau haha

Settle check in & berbuka puasa Maggie ai decide jalan-jalan malam dengan adik sesambil cari barang dapur. Esok nak masak untuk sahur kesian abah makan maggi je berbuka puasa kiki. oh ya kami stay di City Waters Lodge 1.4km dari city. Even tak moden tapi sangat berbaloi harganya & yang penting selesa sangat. PM tepi untuk trick & tips bagi yang datang ramai-ramai. Depan hotel ada padang sampai Riverside, ada playground untuk kids & dekat dengan convenience store. Jalan kaki sikit boleh sampai Elizabeth Quay & Bell Tower. Sebelum tu jumpa Stanley Park etc. Kalo hotel tengah city nanti jalan celah-celah bangunan je lah tokleh ngoya la.


Kami lalu London Court sampai ke Murray St gittew. ada la 2-3 kedai buka tapi kami simpan dulu mood shopping. Buat kawad cam dulu untuk jalan-jalan esok supaya tak sesat parok. Gigih gi Cash Converter ingatkan kedai barang secondhand tu. alih-alih tempat convert cash entah kemana-mana eii geram okay!



Haa spot Bell Tower. 1st night siap pakai glove okay mak tak tahan. Beku telinga. 



Airfare - RM 550+ (adults) & RM 350+ (kids)
Accommodation -  RM 1400 (4d 3n)


Okay see ya! Part 2 is on the way.

xoxo,

Sephia


02 July 2014

Ho Chi Minh 2014


Assalamualaikum :)

Bersin tak bersin tak? Sorry ramai habuk kat blog ni.

Inshaallah Jumaat esok lusa ni ai akan ke HCM lagi yabedabeduu! kat sana ai akan menjadi jutawan. tahun 2011 dah merasa jadi jutawan tapi balik KL terus hilang title. kali ni nak dapatkan balik la kiranya kuikui

Nanti ai hupdate oke hasil tangkapan kain-kain luar & dalam. ohh verangan betoi la ntah-ntah nanti imegresen tahan sebab bayar Ptptn sikit-sikit.

Maafl le tak dapat ambik order. ai ke sana dengan misi mencari baju raya. kang kalu amik order nanti baju raya ai ntah ke mana. mek verangan nak baju melepzz tahun ni haha cehh 


oke bai!

19 September 2013

Angan-Angan & Realiti Stroller Safiyya

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah Safiyya dah pon berusia 117 hari bersamaan 3.9bulan dalam kalendar ibu. orang account memang macamni.sikit-sikit nak calculator. sikit-sikit nak calculator! :pnak beli stroller pon abis suma currency ai compare. gigih oke bhahaha

Sebut pasal stroller memang banyak la angan-angan. nak tayar besar la, ada baby cot la,ringan gila la, umbrella fold la. kalo dulu ai tak cerewet langsung nak beli barang sendiri. sampai je bab barang Safiyya terus jadi cerewet payoh bbaso tahap dewa. semua ibu nak yang terbaik untuk anaknya kan :)

Ai ada banyak sangat pilihan stroller ni sampai hang PC bukak banyak tab. punya la eksaited. masa tengah preggy lagi dah survey diam-diam. sudahnya sampai bersalin tak dapat nak decide. Masa dalam pantang ada la kejadian yang tak di hingini berlaku. nanti ai cita oke. ai shorlisted kan beberapa brand stroller yang penah diidamkan suatu masa dahulu wuwuwu.


#1. Quinny Buzz

Pes time kenal stroller ni ai dah ghase membuak-buak nak beli. rasa nak je tutup lappy & terus g beli. padahal tengah preggy kot. macam dah konfiden sangat dapat baby girl haha. macam biasalah ai ni suma nak pink. sekali pegi tengok kat kedai terus tergamam. mak ai besau nau. muat ke Golf Savvy GTi ai tew? kalo dah jenis perasan naik keta besar tu memang perasan jugak. oke ai hold on dulu nanti pikir balik tapi 80% macam kansel jewww. Quinny buzz memang oke tapi baby cot tu kena beli asing lew pulak. mahei oke! Retail rm2200++ kot kalo skali ngn baby cot.

Masa dalam pantang ai beli quinny bassinet dari Mudah. laju je bayar rm600. selalunya ai agak teliti kalo bab2 beli on9 ni. tapi kali ni ai rush. cepat-cepat transfer time Safiyya tengah tido. u know what! sampei ke sudah bassinet tu tak sampai. sakitnya ati ai. bassinet je oi. perlu ke menipu. itulah kejadian yang tak dihingini tu. at last, ai reject terus sumaaa jenis brand Quinny sebab merajuk. hihi





#2. Phil & Teds Smart Stroller

Hah tengok je smart stroller ni terus mengelupur nak beli. lebih eksaited dari Quinny Buzz tadi. boleh pilih sendiri uols nak kaler ape seat, hood & liner. ahhh terus call papa cakap nak jugak nak jugak. tapi berbalik pada motif asal, ai nak beli baby cot skali. New born boleh duduk dalam baby cot tu je. tapi design dia meletops uols! nangis terharu sebab cantik sangat.

Leuniey natasha pon suka smart stroller ni. tak caya scroll la IG beliao hehe. ai siap tag-tag Leuniey lagi kununnya nak bagitahu minat kami sama walaupon muka kami jauh sekali berbeda bhahaha! hey Leuniey reply oke, kembang sattt.

at last tak beli jugak sebab ghasa tak berbaloi nak beli baby cot tu sekarang. Safiyya pon bukan lama sangat nak golek-golek dalam tu. so ai verangan tahun depan ai beli smart stroller ni w/o baby cot hewhew gigih aih.

Retail rm1999 sekali ngn baby cot. boleh pre-order kat babyhouz




#3. SCR9 & SCR7

Finally ai decice beli SCR9. seat boleh convert jadi babycot oke. tak payah nak beli asing-asing.mesti orang pelikkan kenapa ai nak sangat baby cot tu. perlu ke? untuk Safiyya adalah sangat perlu tahu!:p Safiyya sangat aktif guling-guling. mana maungkin beliao boleh duduk baik-baik paka seatbelt? yeah ai know my dotter well :)

Retail : rm539 - scr9 stroller & rm249 scr7 car seat
 


oke bai ! :D

06 September 2013

Makan-makan at PakLi Kopitiam Seksyen 7

Assalamualaikum :)

Dua minggu ni Adik stay KL. Tunggu keta beliao siap tuka enjin bagai. Sesambil tu bolehlah teman ai yang single-solo but not available ni bhaha. perlu ke mention begitu? yeah perlu supaya tak dirembeskan kata-kata yang cakap ai ni sokmo brehi perasan.memang pon kot? haha

Boleh kata setiap hari kami makan-makan luar. Sesekali Buchik join kami kalo takde kelas memalam. Bukan fridge tidak berisi tapi kakak mereka ni terkena hangin malas.Lauk yang mak beli lepas raya aritu pon tak terusik lagi. Raya pon dah abis tapi lauk masih membisu dalam fridge. punyala pemalas  aku neh.  tak jugak sembuh hangin ini hahaha.

Leteh oke setiap minggu berulang alik balik Perlis. hah cita tu nanti dilain entri yea ibu-ibu. chewah! sejak-sejak jadi ibu ni dah tak mention habang-habang kakak-kakak :p



Semalam lepas pegi check keta Adik kat Klang kami singgah makan-makan kat PakLi Kopitiam Seksyen 7 Shah Alam. Mereka memang terer biso bab mengempiskan poket ai yang memang sedia kempis nih!  Ramainyaa makhluk kat sini. ada manusia, ada kucing, ada nyamuk pendek kata suma suka datang sini.

Lepas belek-belek menu ai decide order Nasi Ayam Lemon. bebudak ni la suggest. padahal dorang  yang nak try tapi suh ai yang order. kalo tak sedap ai la padan muka kan? ohh kiranya ai ni sebagai kakak ekperimen la. kalo ada racun aku yang mati dulu.macam ni arr adik-adik.. :p
Nasi Ayam Lemon. sedappp sangat oke! Well recomended :)
Adik & Buchik order Nasi Goreng Kampung & Nasi Goreng Golden pon sodapp..
Air Kedondong , Apple Asam Boi & Hot Milo





Makan-makan sampai rasa dah bertambah size seluar baru nak benti. Tu pon sebab rushing nak balik awal. kalo tak entah apa lagi akan kami order. Takpe kakak belanja. grr. Sebelum lambai selamat tinggal haruslah ada pemanis mulut gittew. Barulah muka masing-masing akan manis sampai bekpes esok pagi. Kami order Oreo Cheesecake & New York Cheesecake. RM 5.80 per slice. murah uols!


Gulp! sedap gilaaaa


Total makan-makan kali ni rm49.60 sekali dengan nasi goreng bungkus untuk kawan Buchik. oke la kan. puas ati sesangat :) okbai!

22 August 2013

Promosi Aidilfitri : RM90 / 3 botol Marine Essence Shampoo & RM90 / box Marine Essence Beauty Bar

Assalamualaikum :)

Masih demam Marine Essence? 
Berita baik untuk semua. stok ME Bar kembali.

Promosi Aidilfitri : 

RM90 / box Marine Essence Beauty Bar 

RM90 / 3 botol Marine Essence Shampoo 


RM 87 untuk 10 pertama yang hubungi saya!

Dapatkan lebih diskaun
Free Gift untuk pembelian lebih 2 item atau borong. 

Boleh campur semua ME series yea :)


 013 2999 289