Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

22 June 2012

Jalan-jalan Labuan

Assalamualaikum :)

Last week punya task sudah settle iaitu Jalan-jalan Labuan. ai pegi tak lama 3 hari 2 malam & hanya bertemu Oppa tak sampai pon 8 jam rasanya. oke la dari tak jumpa langsung kan baru ada yg tersedu sedan.

Just nak share, tiket ke Labuan minggu tu hanya rm381 return berbanding minggu-minggu lain yg dah cecah rm1000 tahu.untonglaa kan! Tiket ke Labuan memang agak mahal maybe sebab 1 flight je sehari.

Day #1

Sebelom Subuh ai dah bertolak dari umah Amy. hengatkan dia main-main 20 mnt je ke LCCT, rupanya memang benarr. tak sampai 20mnt kami dah sampai sana. maka bekpes KFC dulu & solat Subuh penuh toma'ninah. ai dah web check in, bajet boleh la masuk 25mnt sebelom boarding sempat try test setiap kasut dlm carlo rino lg. tiba-tiba dah 'last call' & ai la manusia paling belakang sekali beratur kat gate.

735 sudah selamat tido dalam flight.ngantukk! tp agak terganggu jugak la dgn mereka-mereka yg berdengkur macam kritikal tu. rasanya kalo flight langgar awan pon tak bising camtu. 20mnt nk landing dah nampak darat sikit. oyeah. Labuan! ai nampak Oppa flying kiss dr plant Petronas tahu. *tipu*

Moden jugak Airport Labuan ni berbanding Aloq Staq.oke International kan. Sementara tunggu Boi sampai sempat la sedarkan diri berkali-kali. yela macam mimpi datang Labuan dgn tiba-tiba. no plan at all :)

Oppa sedang bekerja. sebelom lunch sama-sama Boi bawak ai ke pasar tani. sangat best bg kaum wanita. kat sini boleh dikatakan half dr buyers dari semenanjung. cari benda RARE barangkali. depan pasar tani ada beberapa memorial English. sempat la snap gambar bajet pelancong asing. 1230 Oppa datang pick up di Ujana Kewangan. macam biasa Oppa bersama kembarnya, Pokmie!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baziir Labuan


tipulah kalo tak tergugat langsung :p

Sebelom ke Ujana, kami pg culik Indah & ke Bazar Labuan. ohhh sorgaa mutiara! gelap mata gelap segala bila tengok banyakkkk sgt aksesori WANITA! capslock memudahkan kaum adam utk jeles haha. guess what, ai jumpa banyak sgt ore Klate tgh shoping. lawak laa tawar menawar dlm bahasa Klate padahal penjual tu Filipino & Labuan. tapi masing-masing paham la pulak. ai tak sempat rembat ape2 sebab rush nak ke Ujana. panas bhaa di sini..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas lunch Oppa dah masuk plant balik. So Boi bawak kami ke Taman Burung. tiket masuk rm3. oke Boi belanja! macam-macam spesis burung ada kat sini & ada banyak terowong-terowong kecik utk ke kawasan berlainan. ala macam terowong underwaterworld tu cuma terowong ni kat darat & ada pintu pusing-pusing :p

cantik & klasik taman burung ni. tengah-tengah hutan tahu. part paling kelakar bila burung tiong emas tegur kami. "Assalamualaikum, sudah makan?" haaa nak jawak ape?? ai ingatkan speaker atah bumbung ke bawah tanah ke tapi memang burung tu bercakap. macam-macam lagi dia cakap. ajaib! *jakun*





------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

lepas tu kami ke Muzium Chimney. sejenis muzium arang batu. sayangnya gambar dalam muzium takde. punya la eksaited masuk terowong arang batu. bising-bising dgn Indah macam muzium atok kami. 3minit kemudian ketawa terbahak-bahak sebab terowong tu hanya bape meter je! kami je yg eksaited lebih uwaaa malu dekat pak guard di kaunter. keluar je terowong terus nampak kaunter depan tu. pak guard tu senyum tanda paham masalah kami haha.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Destinasi seterusnya ke Peace Park & Surrender Point di Pantai Kg Layang Layangan. Indahnya permandangan hijaun dedaun. tiba-tiba puitis sendirian. cabaran disini adalah mendaki Peace Park. sapo suruh gigih sangatkan. pakai kain pulak tu. tapi demi efek yg lebih real kami sanggup bersila-sila mambayangkan 'kebebasan' dari pokok-pokok disitu. tiba-tiba BB ai abis bateri. roginyaaa! banyak lagi benda cantik di kawasan ni. gamba Surrender Point pon tak sempat snap. *sigh*






------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jam 5 adalah masa untuk culik Oppa di Plant 1 PML. tepatt je kami sampai demi kebahagiaan itu wahh ayat! Oppa ni kena culik sebelom bos beliao culik. nanti meeting-meeting-meeting. meeting tu ape? baru 2 hari tinggal opis dah lupa perkataan meeting hahahahaha.

Boi bawak kami ke War Memorial Park. tadi Nippon, skang Australia pulak. sedih bila baca petak memorial. mula-mula ingat batu nisan, ai usha jauh-jauh je. setiap petak tu ada tulis nama, pangkat & bila terkorban serta ucapan2. bagi yg tak dapat dikenalpasti bila terkorban, ada label "Unknown unto God". sedih kan bila ingat perang-perang ni. tak kira lah baik or jahat tp tetap dikira pejuang :)

Simpton mengidam mula mengganas. oleh itu Oppa belanja dinner di seafood restaurant. dengan tamak haloba order tomyam,ikan bakar, ketam butter,kailan ikan masin dll. banyak gila sampai tak larat nak abiskan. rm80 ajeee utk 3 org. sangat murah kan. tambah murah sebab 'abang bayar' hehe

abam Ir. sedang BBM awek cun. beliao tak tau awek cun dah lama sampai :p

Boi kata ini London Labuan :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kami singgah jeti kejap ambil angin sepoi-sepoi language. kat sini ada Marine Muzium tp dah tutup. so kami meilih utk mengira kapal-kapal yg ada sementara Boi & Indah mencipta efek ombak rindu di gigi air.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Day #2

Oppa maseh bekerja di hari ahad tahu. so pagi-pagi adalah afdhal utk tido bagi traveller macam ai ni. wuawua. dengan sebijik kipas beserta aircond, mimpi akan menjadi lebih indah di kediaman Indah Tri Wahyuni :) semalam tak dapat feel camni sebab dah lari tido ke bilik Indah akibat ketakutan yg tiba-tiba datang. mujurlah boleh tido dengan Indah. hihi.

selepas Zohor Oppa datang utk lunch Nasi Kukus Aime. ai benar-benar mahu kesitu lepas tengok gamba yg Oppa upload. laparnyaaa! macam 3 hari tak makan. hebatnya penangan nasi kukus :p ai terharu Oppa sanggup skip meeting/kerja semata-mata nak temankan ai. sob sob sob. TQ sayam :)

Date kami agak terganggu dengan aktiviti basuh keta. dari jam 3-5. 2 jam okey! omjayyy. ai tak paham apa yg dorang buat sebegitu lama utk sebiji kereta. *lap peluh* dengan penuh kesabaran kami berbual kosong dengan muka tak puas ati :p kalo kat KL 20minit siap.

lepas tu terus berlari-lari ke Bazar Labuan nak beli souvenirs. haiyaaaa awalnya tutup. maka berlari lagi ke Ujana. bila masuk Ujana harga pon dah jadi harga bandar la. #aptb! sempat la sambar 2-3 ketul yg benar2 mampu je. tengah bulan hey. window shoping aje laa.

Oppa bawak ai ke pantai utk melupakan peristiwa ketidak-mampu-an tadi haha. di sana Boi & Indah sudah setia menanti utk sama-sama lihat sunset :) Subhanallah cantikkk!



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Day#3

Balik KL suda utk bertemu jerebu. Pokmie hantar ke airport sebab Oppa sedang di dalam plant. keja lagi! kesian my Oppa. letih 7 hari kerja tanpa henti. sabar yea..itu semua demi pengalaman yg paling berharga di alam pekerjaan :)

Antara tajaan-tajaan yg hadir. sebuah Vios TRD & penginapan 5 bintang di Taman Sec Rancha Rancha serta pakwe yang penyayang! :D thanks so much Oppa, Boi , Indah & Pokmie. jasamu dikenang :)

sampai KL Amy pickup & terus masuk opis. gigih kan?


x

bye Labuan!

6 comments:

nur anis said...

labuan..teringin nak sampai sana..

demi yang tersayang, memang gigih je kan..:)

SEPHIA said...

Sungguh gigih! Hehe

Try la pg tp kena slalu cek tiket..sbb mmg mahal..

Lg best kalo ada kwn yg mmg stay Labuan. Suma tempat boleh pg :)

Liza Razak said...

bestnye labuan..nanti nak cuba holiday kat sana pulak..mesti best

wani said...

kak yu,labuan port best untuk honeymun dop?

SEPHIA said...

Liza : bestt! kalo boleh ke pulau2 lg best..

SEPHIA said...

wani : utk honeymoon dop kot..tix maha..pahtu panah sikip..better ke laim2 pulau :)