Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

27 February 2013

Inspirasi & Referensi

Amaran : entry panjang mengalahkan drama Pangako Sayo mahupon Sanay Wala Nang Wakas! mohon tiada kerugian letrik buat majikan anda kalo nak baca bhaha!

Assalamualaikum :)

2-3 arini ai rasa nak sgt cepat-cepat tunaikan Azam semasa dan baki terdahulu. Wah bahasa accounting kut. Hewhew. Mohon tak kacao kosentrasi ai nk serapkan nilai-nilai accounting pada baby. Kira claim staff pon berformula bagai siap apply prinsip-prinsip accounting + add. Math tahu. Baby xboleh jd Ingeneur macam papa kalo baby girl :D

Oke sebut pasal berubah suma orang nak berubah kan? Siapa yg jahil sangat sampai taknak berubah langsung. Tipulah! Tapi tiada siapa yg boleh ubah kita melainkan diri kita sendiri. Dulu di zaman jahilyah boleh dikatakan ai agak leka mengejar duniawi. Masa tu pikir nak kerja bagus nak perfect je. Well 4tahun oke stadi Account. Nk berbaloi la kunun, Pastu nk buat je apa yg kita minat.

Ai ada beberapa rujukan yg sehingga kini masih menjadi rujukan :-

1) Na Edan


Sebelum tu niat nk berubah tu dah ada.Semasa blaja di KMP ada sorg kwn yg ai kagum dalam diam iaitu Na. Na adalah classmate ai. Na antara yg awal ai kenal dlm class. Masa tu lunch pon ngn Na. Lunch kt kafe lecturer sbb ada econ + boleh tgk tv haha. Bila dh tengah sem masing2 join minat masing2. Na join kebudayaan dan ai join volleyball. Berbeda kan disitu? Masih jumpa masa sukan Kolej. Pg KMM sama2. Na kebudayaan, ai lawan VB.

Tp ai tetap ingat Na satu2nya kwn yg ai penah jumpa. Anak orang kaya but very humble oke. So that ai senang bkawan ngn Na. Kami takde la rapat sgt tp tak pernah lost contact. Masa tu cara kami berpakaian sama. Baju kurung ke kelas, selain tu jeans + tshirt. Biasalah remaja lg kan.

Kami terpisah bila dapat univ yg berbeza. Masa tu Na kapel ngn Edan. Wlpon tak contact selalu tp ai diam2 belajar dari Na. Ai follow blog Na. Dari situ banyak sgt ai belajar. Na ada gtaw Edan tak suka Na pakai pakaian dan tudung yg menampakkan bentuk badan. Bagusnya Edan! Ni baru betul2 cinta. Dari situ ai terus belajar dari Na. Jadikan Na sbg contoh dlm berpakaian.

Lepas abes U, Na kawen ngn Edan. I was invited and ai pegi majlis Na. Masa tu baru je duk KL rasanya. Umah na dkt Kuang lepas Sg. Buloh tu. Ai xtaw pon jalan ke sana tp signboard byk. So ai pg la sambil follow peta kad kawen. Masa tu pakai kancil Ayah mie. 3 tahun xjumpa Na. Cantiknya umah Na. Rumah kayu jati di kelilingi dedaun hijau. Sejuk mata aman damai :) nature living. Like ai said Na anak org berada tp xpenah pon show off bagai.

Lepas makan sempatlah snap gamba ngn Na. Ai mcm biasa lupa bwk camera. Pakai sonny k550i je tahu. Xpela at lis ada jugak gamba ngn Na. Gojes sgt Na aritu :) yela dlu mana main mekap2 ni. Hehe. Na mekap sendiri oke. Baju Na sgt cantik. Paling penting sopan dan shawl tutup dada. Masa tuh terus cakap, nanti kawen ak nk pakai shawl mcm Na. Simple dan tutup dada. Tak cukur kening. Yes, ai kotakan suma tu. ai pakai shawl mcm Na masa kawen. masa tu slalu cakap.,Na org kaya pon humble je wedding. Kita lak nak lebih2 utk apa? hehe

Lepas pada tu ai terus jadikan Na sbg contoh. Na ada business sendiri. Ada blog comel2. Na pandai main2 colour sampai la skang dia masih suka main ngn colour2 ni hehe. Ai pon nak business jugak la! Na boleh maju kita pon mesti boleh kan. Terus jd agen tudung Na. Yela nk bukak bisnes sdiri nanti terpesong kalo xde ilmu hewhew. Sampai la skang bisnes lg ngn Na. Tudung dah, VCO dah. Ada lg yg latest bisnes. Nanti ai share oke.Na pindah bintulu ikot Edan. Ai terus follow Na.

Sampai la Na ada 2 baby. Wazeef ngn Xyra. Ai terus pollow Na. Tgk macamana Na urus husband, anak2 dan bisnes. Macam biasa ai akan jdkan Na sbg contoh rapat utk kehidupan ai sekarang :)


2) Puan Intan Jaliah


Masa kerja kat Cempaka. Schools, sumanya dah mula nk berubah. Antara ramai-ramai collegue ai tertarik jadikan Puan intan sebagai rujukan dalam berpakaian. Pakai tudung tutup dada tapi masih bergaya serta sopan. Masa tu dah pikir kalo Kak Intan boleh kenapa aku tak boleh? Start situ slow2 dah labuhkan tudung sikit2 dan cuba tinggalkan baju berlengan pendek. Bila Kak Intan preggy, ai simpan niat nak pakai baju macam beliao. hehe


3) Lily Hazlina


Lily adalah teman terrapat abad ini. Kenal dlm fb je sebab org yg kacao Lily adalah org yg sama kaco ai. Ai verangan jd heroin. PM lily suh abaikan org tu haha. Terus jd kawan baik! Macam biasa ai akan grab benda baik yg ada pada lily. Bangun pagi2 buat bekpes. Masak utk suami. Lily ada anak sorang. Keja oNg. Tengah sambung EMBA. Mana nak jaga anak, suami,kerja, belajar. Haish. Kdg2 terpikir. Adakah lily sebenarnya robot?hehe.dia sempat buat suma tu. Ai harus jd mcm lily jugak. Pandai bahagikan masa :)

Ai selalu refer lily kalo nk tanya pndpt. Sebenarnya refer lily sorg je. Lily ni fair and square. If ai salah dia akan cakap ai salah. Xboleh wat cmtu cmni. Very transparent. Xdela nk sokong ai sbb ai kwn rapat. Noo! Salah dia cakap salah. Betul dia cakap betul. Masa lily preggy kami jln pimpin tangan tahu. Uols hado? :p

Until now dia tetap menjadi rujukan utama dlm kebanyakan hal. Everytime contact. Whatapps, skype. Ai kapel ngn Oppa pon tak macam ni haha. Kalo kami sembang and salah sorang sedar mcm dh termegumpat, cepat2 tukar topic. Kita sebenar nk bercerita tp boleh jd ngumpat kalo cita panjang sgt. Istigfar2..:) sbb tu ai sayang lily. Beliao terlalu byk nasihat ai dan setia manjadi rujukan ai.


4) Siti Amy



Amy ni pulak teman rapat di stadium. Kami kenal pon sebab bola la. Kami selalu solat  sama-sama masa tengok bola. Jarang pegi tengok bola kalo dia takde sekali. Oppa pon amat setuju ai berkawan dengan Amy.  Bukan tak boleh solat sorang-sorang tapi kalo dah nama stadium, tempat orang ramai agak susahlah bagi kami kaum hawa nak bergerak sana sini. bukan senang nak kuar masuk stadium. kat stadium takde kain telekung tahu. kso kami bawak telekung setiap kali games.

Even minat bola, kewajipan tetap dilaksanakan Amy pakai stokin kaki & stokin tangan. Tudung tutup dada. Boleh je tgk bola kan? so dari situ ai ubah slow-slow cara pakai jersi ikot Amy :) pakai inner + jersi & labuhkan tudung slow-slow.

xxx

Alhamdulillah, ai rasa lebih tenang. Apa yg baik ai akan ikot. Ai kurang nk jadikan artis bertudung sebagai idola sebab tak suma yg bertudung tu tak cukur kening. Anti disitu. Heliza Helmi sorang je yg benar2 ai suka.

Ai akui ai hanya berkawan dgn orang yg ada kepentingan utk ai je. Bukan dr segi kewangan oke tp dr segi nilai2 murni serta contoh baik yg ai boleh ikot :) dengan orang lain pon ai berkawan suma. Rapat jugak tapi tak suma la boleh 'melekat' dlm hati mcm mereka2. Kalo ada yg Oppa tegur and bg contoh selain ibu ai or mereka2 ni,ai agak susah nk absorb. Maybe sbb tiada sebarang persamaan dengan ai kut. Kepala batu mmg cmni. Hehe.

So now bila Oppa tegur Oppa nasihat ai akan coba berubah mengikut keadaan. Tak lama lg nk jadi ibu. Ai sedar ai jenis kepala batu bertangkup. mak dah pesan jangan makan sgt pedal ayam nanti keras pedal haha. Ai jadikan mereka2 diatas sbg sumber inspirasi dlm menjalani kehidupan seharian.

Jika ada selisih pendapat ngn Oppa sebolehnya ai akan cepat2 mintak maaf. Ai benar2 nak jadi isteri, ibu dan anak yg baik seperti yg tercatat dalam Azam 2013. Support ai yea :)

xxx

Last sekali ai hope dgn baca entri ni rakyat malaysia percaya ai memang dapat A1 utk BM masa SPM. Ai suka berangan dan menulis. Karangan SPM ai hampir 4000 patah perkataan tahu! Dan ai jugak nk buktikan ai memang orang melayu malaysia. Bukan org melayu  Vietnam Wahahaha. Yela bahasa ai kan agak terible. Kalo dh speakim klate, abehlaaa..kahkah

No comments: