Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

14 February 2013

Resepi Nasi Goreng Cina - 15minit

Assalamualaikum :)

Selamat pagi donia..arini kul 545 si kecik dah tendang-tendang mintak nasi. laparnyaa tuhan saja yg tahu macam tak makan 2 ari. padahal sebelum tido dah bantai roti 70sen + susu. sebelum tu dah makan nasi goreng sepinggan lebih.

Selak-selak peti ada nasi lebih semalam. terus keluarkan suma barang yg berpotensi utk jadi nasi goreng cina. mengapa nasi goreng cina? ini adalah sempena tahun baru cina yg baru je lepas wahaha! oke meh kita skodeng bahan-bahan itew.

Bahan-bahan saya :-
  • Nasi putih - lg elok kalo guna nasi lebih semalam sebab dah sejuk. sangat baik utk tekstur nasi goreng menarik.
  • Bawang merah + bawang putih - mayang halus. kalo rajin tumbuk ler
  • Planta - utk kesedapan semulajadi
  • Sos tiram/sos ikan - penambah rasa semulajadi
  • Sayur campur
  • Ayam/daging/udang/sotong
  • Fishcake (optional)
  • Udang kering (optional)
  • Garam & serbuk perasa
Cara-cara saya :-
  • Tumis bawang merah + bawang putih bersama planta sehingga wangi. tapi ai jenis tak sabar nak tunggu wangi so masukkan terus ayam/daging/udang/sotong tadi.
  • Masukkan udang kering yg ditumbuk kalo ada & masukkan fishcake & sayur campur
  • Tuang sos tiram sesudu lebih. kalo guna sos ikan setengah sudu cukup nanti masin kena darah tinggi.
  • Masukkan serbuk perasa. tak kisahla brand maggi ke knorr or hilal. pastu letak secubit garam.
  • last skali masukkan nasi yg dah di gembur-gemburkan itew.
  • Gaul sebati. nak tambah telur pon boleh tapi ai decide buat telur mata aje.

Rupa anak + ibu yg sangat kenyang. hewhew

Pastu makan sorang-sorang ketika subuh. tak sedar diri Oppa belum makan lagi. maka jadi sikitlah bekal Oppa utk arini.
chewah! padahal arini baru buat bekal utk Oppa. yela. dolu-dolu Oppa kerja jauh. kua awal. kelam kelibut mak nak goreng nasi. skang opis Oppa dah dekat. so sempatlah buat rajin :D


x

selamat mencuba. kalo rasa nak cuba la kaann..

No comments: