Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

07 June 2013

Cerita Bersalin : Dhiya Nur Safiyya

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah syukur pada Allah swt. Ai telah selamat melahirkan puteri sulung kami yang diberi nama Dhiya Nur Safiyya Binti Mohd Saifuddin 2.49kg pada 26 May 2013 bersamaan 1434h - 2306 di SDMC Subang.


Ramai yang terkejut ai bersalin tiba- tiba. EDD 3 June. Kiranya awal seminggu. Sehari sebelum tu ai pegi check up. Baru 1cm so boleh balik jalan-jalan  Sunway Pyramid cari laksa sarawak. Bajet dalam 2-3 hari lagi bersalin. Masa tu busy update pasal makanan je.

Fresh from mommy's womb :)

CERITA BERSALIN

Ahad pagi rasa perut memulas macam sengugut. Dalam hati rasa macam bukan tanda sebab sebelum ni ai memang selalu dapat false alarm. So sambung tido kunun nak rehat haha. Letih jalan-jalan semalam tahu. Tengahari still rasa lagi so call mom inform situasi tak cemas tu.


Lepas Asar Teh datang jenguk lepas mom call inform situasi itu. Tok ayah pon ada ;) macam biasa la sembang kencang minum petang. Tapi kan rasa meningkat sikit volume sengugut tu. Teh advice terus pegi hospital takut-takut dah nak bersalin. 

Kalo ikot tokchek,mom & teh sendiri memang stail sakit terus bersalin. Ai decide nak pegi lepas Isyak. Selesa solat kat rumah lagi. Atas nasihat Oppa & Adik kami pegi lepas Maghrib. Potensi jem tu sangat tinggi.

815 admitted setelah skala ritcher 3.5cm. So tadi tu benar-benar sakit nak bersalin la. CTG berkata contraction ai setiap 3 minit tapi takde la sakit sangat pon. Nurse terharu sampai tanya 'you tak sakit ke? Your contraction a bit high you know'


Nurse tanya lagi kalau-kalau nak ambik epidural. Ai memang plan taknak ambil epidural. Risau side effect. Dalam hati kecut perut jugak bila nurse cakap nanti lagi sakit. So ai decide ambil pain killer je. Pain killer hanya boleh diambil sebelum bukaan 6cm. Masa decide tu bukaan dah 4cm++.


900 doc datang pecahkan air ketuban. Scary tengok gunting tu tapi sebenarnya tak rasa apa pon sebab jalan dah buka separuh. Rasa lega lepas air ketuban keluar. Ringan je rasa perut hehe. Cepat-cepat minum air selusuh yang Oppa buat. Terima kasih Suami :) Ai nak jugak Oppa yang buatkan. Air selusuh 1 lagi otw dari Perlis. Macam dah tak sempat sampai je.



Alhamdulillah kini sudah bertiga :D


Sambil tunggu bukaan ai baca doa Nabi Yunus. Boleh sembang lagi ngn Oppa. Makin lama makin sakit. Makin kuat cengkam tangan Oppa. Mata semakin banyak terpejam tahan sakit. Ai jenis tak menjerit meraung tapi air mata sudah mengalir. 

Sepatutnya tak nangis pon boleh rasanya tapi ai terharu masa Oppa bacakan doa-doa dipermudahkan urusan bersalin.  hati tisu! Masa tu pikir macamana kalo ai tak panjang umur dah tak dapat jumpa Oppa. Pikir juga mak ayah & adik-adik yang otw dari Perlis. 

2-3 hari sebelum ai dah minta maaf & mohon keredaan Oppa. Kalau-kalau Oppa ada rasa tersinggung sekalipon ai mintak maafkan & redhakan ai untuk bersalin. Penting ya redha suami & ibu :)

Nurse datang jenguk 10minit sekali. Nurse pesan kalo sakit sedut gas so kurang sikit rasa sakit & kalo sakit sangat picit emergency bell. masa tu dah separa sedar efek sedut gas tu. Nak harap sedut sendiri memang taklah. Nurse yang assist untuk sedut. Macam kena paksa pon ada :p 

Bila rasa conttaction tahap max ai dengar Oppa tanya nak panggil nurse tak. Ai mampu angguk je & Oppa terus picit bell. nurse cek dah 8cm. Doc otw datang dari rumah. Kelam kabut sumanya coz tak sangka cepat je bukaan.

Doc sampai je bukaan dah 10cm & memang rasa baby dah nak keluar sangat-sangat. Push Wahida push!! 2x push pendek baby belum keluar. Ai sedang lali sebenarnya. Contraction off 2minit kot. Masa tu baru doc pasang segala kertas or plastik lapik-lapik yang sepatutnya. Rupanya tadi doc datang terus nak sambut. 

Kali ke 3 push agak panjang & dengarlah suara Safiyya uweek uweek. Alhamdulillah..legaaa :D

Safiyya bersih sangat macam dah mandi. Just ada tompok darah sikit kat rambut. Betul lah orang cakap kalo banyak minum air kelapa baby bersih. Ai bukan setakat banyak tapi rasanya overdose air kelapa. Favourite ever tahu. Plus makan VCO lagi.

Oppa sendiri potong tali pusat Safiyya. Masa doc tunjuk Safiyya dekat kami, Safiyya senyum!:)) Alhamdulillah lepas selesai sumanya tinggallah kami bertiga sementara dipindahkan ke wad. Syukur ai dipermudahkan segalanya. Sakit sebenar tak sampai 2 jam pon. Berkat doa semua :)

Apa yang Oppa bagitau, ai sebenarnya tak perlu 'gunting' pon. Doc memang taknak gunting coz yakin boleh lepas. Tapi ai tak larat. Lali khayal suma ada sampai kering tekak sedut gas tu. Kalo la ai tahu ai akan push betol-betol masa awal tu hehe. Oke bye. Sekian..

1 comment:

lia murni said...

alhamdulillah....selamat semuanya... :)