Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

06 September 2013

Makan-makan at PakLi Kopitiam Seksyen 7

Assalamualaikum :)

Dua minggu ni Adik stay KL. Tunggu keta beliao siap tuka enjin bagai. Sesambil tu bolehlah teman ai yang single-solo but not available ni bhaha. perlu ke mention begitu? yeah perlu supaya tak dirembeskan kata-kata yang cakap ai ni sokmo brehi perasan.memang pon kot? haha

Boleh kata setiap hari kami makan-makan luar. Sesekali Buchik join kami kalo takde kelas memalam. Bukan fridge tidak berisi tapi kakak mereka ni terkena hangin malas.Lauk yang mak beli lepas raya aritu pon tak terusik lagi. Raya pon dah abis tapi lauk masih membisu dalam fridge. punyala pemalas  aku neh.  tak jugak sembuh hangin ini hahaha.

Leteh oke setiap minggu berulang alik balik Perlis. hah cita tu nanti dilain entri yea ibu-ibu. chewah! sejak-sejak jadi ibu ni dah tak mention habang-habang kakak-kakak :p



Semalam lepas pegi check keta Adik kat Klang kami singgah makan-makan kat PakLi Kopitiam Seksyen 7 Shah Alam. Mereka memang terer biso bab mengempiskan poket ai yang memang sedia kempis nih!  Ramainyaa makhluk kat sini. ada manusia, ada kucing, ada nyamuk pendek kata suma suka datang sini.

Lepas belek-belek menu ai decide order Nasi Ayam Lemon. bebudak ni la suggest. padahal dorang  yang nak try tapi suh ai yang order. kalo tak sedap ai la padan muka kan? ohh kiranya ai ni sebagai kakak ekperimen la. kalo ada racun aku yang mati dulu.macam ni arr adik-adik.. :p
Nasi Ayam Lemon. sedappp sangat oke! Well recomended :)
Adik & Buchik order Nasi Goreng Kampung & Nasi Goreng Golden pon sodapp..
Air Kedondong , Apple Asam Boi & Hot Milo





Makan-makan sampai rasa dah bertambah size seluar baru nak benti. Tu pon sebab rushing nak balik awal. kalo tak entah apa lagi akan kami order. Takpe kakak belanja. grr. Sebelum lambai selamat tinggal haruslah ada pemanis mulut gittew. Barulah muka masing-masing akan manis sampai bekpes esok pagi. Kami order Oreo Cheesecake & New York Cheesecake. RM 5.80 per slice. murah uols!


Gulp! sedap gilaaaa


Total makan-makan kali ni rm49.60 sekali dengan nasi goreng bungkus untuk kawan Buchik. oke la kan. puas ati sesangat :) okbai!

No comments: