Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

12 October 2012

Coti-coti Langkawi Island

Assalamualaikum :) 

Tanggal cuti Malaysia aritu kami pulang ke Perlis. niat di hati nak melawat Lagkawi. tercapai jugak hasrat itu walaupon terpaksa tunggu lebih sejam utk beli tiket feri. ramainya orang nak pegi Langkawi. ingat kami je gigih sebegitu. sebenarnya kena tunggu lebih 5 jam kalo beratur. tp mom ada kawan baru dekat ngn kaunter, so boleh beli tiket sama-sama hahaha.

Kami pegi semalaman je. sewa Avanza sebijik & homestay dekat Pekan Kuah. kenapa tak sewa chalet tepi pantai? ini kerana kami akan pajak keta manakala mom & dad hanya mahu sopim di HIG. so kena sewa dekat town la. keta anak-anak dah rembat buat harta.


Day 1

Lepas check-in homestay kami jalan-jalan Dataran Helang. buat family potrait disana. dad bawak kami round pulau sampai malam. pegi pantai kejap book Island Hopping utk sesi pagi. then balik tengok BPL. bola itu harus :p

Mercu Tanda Langkawi -Dataran Helang.


Day 2

Saat yg dinanti-nanti. Island Hopping yew! masa tengah tunggu bot tu hujan selebat-lebatnya. cuak kami hengat cancel ke postpone ke. rupanya hujan singgah kejap je :)

Eksaited naik bot macam tak pernah naik. ai memang camtu kalo bab-bab laut ni. kena paham anak Navy memang camni. paling eksaited mestilah DedeQ. naik bot, tengok pulau-pulau. 




Island Hopping! inilah laut sebenar tahu.








#1.Tasik Dayang Bunting

Hah ada rakan FB ai senyum-senyum ai datang sini. agak blur sotong pada mulanya. jujur terus tanya. rupanya ada kesah di sebalik tasik ni. orang cakap kalo nak preggy datang tasik ni & mandi manda. haa? 

Mandi manda adalah hobi sejagat ai tak kira mana tasik sekalipon. mandi hujan juga dikira hobi. kalo boleh lopak-lopak air pon rasa nak celup kaki haha. sebenarnya ai tak tahu menahu langsung mitos ini.

Sampai sana kena daki gunung dulu baru jumpa tasik ni. tasik mestilah air tawar tapi hujung tasik ni bersambung dengan laut-air masin. Subhanallah. hebatnya ciptaan Allah :)

 
Bak ikan duyung di Tasik Dayang Bunting





Sesi seksi seksa


Kami sewa life jacket rm5 satu. oke la kan dari berhempas pulas nk apungkan diri. kalo air masin takpe ketumpatan garamnya tinggi so membantu la kita terapung sikit-sikit. lagupon scary oi tengok warning kedalaman 10meter! Pandelela takpe la dah menang Olimpic hehe.

Mula-mula Dedeq join kami terjun. dia ingat cetek sebab abg ngah dia tak pakai life kacket pon. at last tak nak dah terus g kolam kanak-kanak dive kat situ. sorang-sorang dia pakai bikini hahahaha.

Buibui Tasik Dayang Bunting



#2. Eagle Feeding

Pastu tekong driver bot bawak kami ke sesi eagle feeding. bagi makan helang. macam-macam aksi sempat dirakamkan. makan ayam tahu.

Sesi tengok helang makan-makan

#3. Pantai Beras Basah

Next station - Pulau Beras Basah. santeknyaaaaaaa! jernih airnya macam air mineral. sayang rasa nak celup kaki. ada macam-macam games tapi kami pilih nak mandi manda je. best wooo. agak mahal la jugak games tuh berbanding di pantai Cenang.

sambil-sambil tu gebang-gebang skirt bajet mermaid haha. pastu tersangkut rebah sendiri dalam air masin. uwekkk! Dedeq juga bahagia bersama pelampung oren. masih lg dengan bikini.

kami buat pantai ni kami punya, usah hiraukan pelancong lain. mandi sepuasnya ibarat jakun pantai. memang jakun ponn! tambah pantai cantik camni.

Pantai Beras Basah




#4. Cable Car

Angan-angan nak naik cable car tapi hancus. kena beratur 5 jam. takpelah susah-susah aje. adeq ngn buChik naik sejenis roda satu. nama sebenar ai lupa hahaha. macam robot pon ada. rm17 utk 10mnts ride.

Lepas posing bagai kami balik ke Pekan Kuah & sopim lagi bekalan stok akhir. aktiviti kami berakhir bila feri sampai :)


Cable Car Terminal

Jalan-jalan pantai




x

buibui