Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Perth. Show all posts
Showing posts with label Perth. Show all posts

18 July 2016

Jalan-jalan Perth 2016 Part1

Assalamualaikum :)

Hello world! Dari 2014-2016 sepi. Dari Vietnam ke Perth uols! kiki well faktor umur malam-malam malas nak on lappy. Cerita pasal trip ni ai selalu je impromptu-impromptu ni. Tolong lah percaya haha sebab ai tak pernah grab any promo tiket yang murah benar macam free seat whatsoever . Fail nak plan kalo beli awal sangat.

Bulan puasa haritu beriya plan ke Bandung. Nak gi outlet katanya. Tahun lepas tak sempat jajah semua jalan sebab tujuan utama ke Bandung nak cari baju raya dalam Pasar baru. Okay nanti update trip Bandung pulak. Maybe 2 tahun lagi kot haha. Tiap ari gigih bukak skyscanner cheapflight bagai nak tengok tiket murah 10 hari akan datang. Tapi Bandung mahal la jugak dalam hati tu tak putus kata pade muko mekmung

Tiba-tiba berangan nak gi Perth. Guess what tiket Perth & Bandung beza rm100 je omjayyy! Cancel Bandung & gi Perth. Kelam kabut weh buat itinerary. 10 hari lagi nak depart. Kau rasa? Arr why not ajak abah so tak payah nak pikir pasal Freemantle dah. Yeah abah pon ter-impromptu jugak. Mak aisurrender kalo short trip gini. semput katanya.

Ramai PM minta tips minta kos minta itinerary. Ai main terjah je uols. Juling mata baca sana sini takut abah marah kata tak well-prepared haha so moh le baca sama-sama.


1st Day (KL-Perth, Perth City)

Kami depart 9 pagi & sampai sana pukul 4 gitu. 530 masuk waktu berbuka puasa. Bertabahlah tunggu luggage keluar sebab dalam tu ada maggi mee. Maggi penting woo sama jugak pak Brahims. Terlalu penting kalo bajet untuk ke Bandung di bawa ke Perth. Ssajo la blako kalu darab 3.30 gak.


Nak masuk OZ ni strict sikit. so make sure buat list declare siap-siap berapa luggage maggi, Brahims uols bawak. Ubat semua kena declare ya. Ubat gamat minyak angin kategori tradisional okay. Inshaallah they all tak buka luggage korang. kalo boleh makanan dan ubat-ubatan letak dalam satu bag/luggage khas. tidak lah nanti kena selongkar sekali dengan adik baju terkeluar. anjing pengesan pon terkejut nanti ngosek!


Legaaaa dah nampak daratan. 3 kali turbulence uols kecut jantung.
Baca tasbih Nabi Nuh la kak dio. Semakin banyak ai fly semakin gayat pulak.
Sindrom mak-mak barangkali.


Settle luggage terus ke surau nak jamak takdan takhir. Alhamdulillah selesa surau airport. macam nak
mintak bermalam kat situ je, backpacking sekali Qiamulail katanya. Cuaca dah start sejuk ohh kenapa aku ziarah negara sejuk-sejuk gini.  Sibbaik dah pakai thermal warmer siap-siap. Over tau pakai dari KL tapi sangat membantu kalo sejuk lutut dalam flight :p

5 malam cari the cheapest transport ke city. Nak tanya group Tips Cuti Cuti Perth (TCCP) malu pulak rasanya. Hotel kami sipi-sipi city. Rugi amik hotel tengah city sebab kedai tutup jam 5 so nanti gelap je permandangan tingkap korang. Ai amik Transperth Bus ke city. Fare Aud 4.50/pax siap hantar nearest road untuk ke hotel lagi. Driver bus memang helpful sangat. dah rasa macam pakcik sendiri pulak. Lain-lain shuttle bus pon ada. Nak naik taxi/uber/sewa kereta pon boleh. Tapi kalo tak ke luar city naik public transport je. Jimat serta efisyen. Install siap-siap apps 'Transperth' & 'Cat Bus' free bus. Inshaallah ke jalan yang benar.



Bus stop Transperth sebelah kanan tu je.
Mek kecik memang tak sejuk. kami dah pakai jaket bagai dia pakai cardigan je.
"Weee! Im in Straya" she is slang OZ sejak lahir tau haha

Settle check in & berbuka puasa Maggie ai decide jalan-jalan malam dengan adik sesambil cari barang dapur. Esok nak masak untuk sahur kesian abah makan maggi je berbuka puasa kiki. oh ya kami stay di City Waters Lodge 1.4km dari city. Even tak moden tapi sangat berbaloi harganya & yang penting selesa sangat. PM tepi untuk trick & tips bagi yang datang ramai-ramai. Depan hotel ada padang sampai Riverside, ada playground untuk kids & dekat dengan convenience store. Jalan kaki sikit boleh sampai Elizabeth Quay & Bell Tower. Sebelum tu jumpa Stanley Park etc. Kalo hotel tengah city nanti jalan celah-celah bangunan je lah tokleh ngoya la.


Kami lalu London Court sampai ke Murray St gittew. ada la 2-3 kedai buka tapi kami simpan dulu mood shopping. Buat kawad cam dulu untuk jalan-jalan esok supaya tak sesat parok. Gigih gi Cash Converter ingatkan kedai barang secondhand tu. alih-alih tempat convert cash entah kemana-mana eii geram okay!



Haa spot Bell Tower. 1st night siap pakai glove okay mak tak tahan. Beku telinga. 



Airfare - RM 550+ (adults) & RM 350+ (kids)
Accommodation -  RM 1400 (4d 3n)


Okay see ya! Part 2 is on the way.

xoxo,

Sephia