Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

12 October 2012

Coti-coti Langkawi Island

Assalamualaikum :) 

Tanggal cuti Malaysia aritu kami pulang ke Perlis. niat di hati nak melawat Lagkawi. tercapai jugak hasrat itu walaupon terpaksa tunggu lebih sejam utk beli tiket feri. ramainya orang nak pegi Langkawi. ingat kami je gigih sebegitu. sebenarnya kena tunggu lebih 5 jam kalo beratur. tp mom ada kawan baru dekat ngn kaunter, so boleh beli tiket sama-sama hahaha.

Kami pegi semalaman je. sewa Avanza sebijik & homestay dekat Pekan Kuah. kenapa tak sewa chalet tepi pantai? ini kerana kami akan pajak keta manakala mom & dad hanya mahu sopim di HIG. so kena sewa dekat town la. keta anak-anak dah rembat buat harta.


Day 1

Lepas check-in homestay kami jalan-jalan Dataran Helang. buat family potrait disana. dad bawak kami round pulau sampai malam. pegi pantai kejap book Island Hopping utk sesi pagi. then balik tengok BPL. bola itu harus :p

Mercu Tanda Langkawi -Dataran Helang.


Day 2

Saat yg dinanti-nanti. Island Hopping yew! masa tengah tunggu bot tu hujan selebat-lebatnya. cuak kami hengat cancel ke postpone ke. rupanya hujan singgah kejap je :)

Eksaited naik bot macam tak pernah naik. ai memang camtu kalo bab-bab laut ni. kena paham anak Navy memang camni. paling eksaited mestilah DedeQ. naik bot, tengok pulau-pulau. 




Island Hopping! inilah laut sebenar tahu.








#1.Tasik Dayang Bunting

Hah ada rakan FB ai senyum-senyum ai datang sini. agak blur sotong pada mulanya. jujur terus tanya. rupanya ada kesah di sebalik tasik ni. orang cakap kalo nak preggy datang tasik ni & mandi manda. haa? 

Mandi manda adalah hobi sejagat ai tak kira mana tasik sekalipon. mandi hujan juga dikira hobi. kalo boleh lopak-lopak air pon rasa nak celup kaki haha. sebenarnya ai tak tahu menahu langsung mitos ini.

Sampai sana kena daki gunung dulu baru jumpa tasik ni. tasik mestilah air tawar tapi hujung tasik ni bersambung dengan laut-air masin. Subhanallah. hebatnya ciptaan Allah :)

 
Bak ikan duyung di Tasik Dayang Bunting





Sesi seksi seksa


Kami sewa life jacket rm5 satu. oke la kan dari berhempas pulas nk apungkan diri. kalo air masin takpe ketumpatan garamnya tinggi so membantu la kita terapung sikit-sikit. lagupon scary oi tengok warning kedalaman 10meter! Pandelela takpe la dah menang Olimpic hehe.

Mula-mula Dedeq join kami terjun. dia ingat cetek sebab abg ngah dia tak pakai life kacket pon. at last tak nak dah terus g kolam kanak-kanak dive kat situ. sorang-sorang dia pakai bikini hahahaha.

Buibui Tasik Dayang Bunting



#2. Eagle Feeding

Pastu tekong driver bot bawak kami ke sesi eagle feeding. bagi makan helang. macam-macam aksi sempat dirakamkan. makan ayam tahu.

Sesi tengok helang makan-makan

#3. Pantai Beras Basah

Next station - Pulau Beras Basah. santeknyaaaaaaa! jernih airnya macam air mineral. sayang rasa nak celup kaki. ada macam-macam games tapi kami pilih nak mandi manda je. best wooo. agak mahal la jugak games tuh berbanding di pantai Cenang.

sambil-sambil tu gebang-gebang skirt bajet mermaid haha. pastu tersangkut rebah sendiri dalam air masin. uwekkk! Dedeq juga bahagia bersama pelampung oren. masih lg dengan bikini.

kami buat pantai ni kami punya, usah hiraukan pelancong lain. mandi sepuasnya ibarat jakun pantai. memang jakun ponn! tambah pantai cantik camni.

Pantai Beras Basah




#4. Cable Car

Angan-angan nak naik cable car tapi hancus. kena beratur 5 jam. takpelah susah-susah aje. adeq ngn buChik naik sejenis roda satu. nama sebenar ai lupa hahaha. macam robot pon ada. rm17 utk 10mnts ride.

Lepas posing bagai kami balik ke Pekan Kuah & sopim lagi bekalan stok akhir. aktiviti kami berakhir bila feri sampai :)


Cable Car Terminal

Jalan-jalan pantai




x

buibui



11 July 2012

Jalan-jalan Kuala Lumpur (^_^)

Assalamualaikum :)

Mengikut jadual perlancongan minggu ni adalah minggu Jalan-Jalan KL. bunyi macam jauh nau padahal sekangkang kera je dari umah. btw ai tak penah rasa pon ai stay di KL.ai stay PJ oke. kalo sebut KL je mesti terbayang KLCC & tempat yg crowd gilak.

ai prefer tempat yg sesuai utk family & anak-anak senang cita bukan tempat muda mudi melepak. well dah penghujung 2 series ni tengok orang ramai sikit dah rasa serabut bagai. spoil mood shopim.

berdua lebih baik.
oleh itu kami memilih twin bed sharing tanpa extra bed haha *gelak jahat


Bulan Januari lepas ai dapat Voucher 3 days 2 nights kat Crowne Plaza Mutiara Hotel. pehh syahdu! ala hotel yang Ezlynn sanding tew. Fasha Sandha nikah tew. suma yg check in wajiblah kaya raya tidak seperti kami hanya sekadar menebus voucher. well actually voucher ni dah nak expired so baik check in aje dari burn kan.

Voucher ni lebih kurang utk pengantin baru la sebab ai menang dulu pon dari wedding contest - Ezlynn :) walaupon tiada pengantin, pengapit pengantin masih ada utk tujuan pre-honeymoon itu. ngaaa~ guess what, hari pertama kami merempit aje! senang nak jajah KL :p


mercu tanda CPM. saje-saje nak datang bergamba pon boleh.
boleh feeling-feeling kaya raya haha. hotel ni depan stesen monorail.


di lain haribulan,ai pernah stay 2 hari kejap-kejap di Royal Suite CPM iaitu suite paling besar dalam CPM. boleh bayangkan tak sebijik rumah mewah dalam hotel. haa camtu lah. lebih kurang 10x mewah dari Deluxe Room. tapi tak sempat snap gamba banyak pon. busy body make-up serta melayan para wartawan. wekk perah-san-tan! :p


Ruang tamu Royal Suite.
masa ni kami mingle-mingle bersama Ezlynn.
hi-tea & dapat Rafflesia Necklace :)
kalo rajin ai update event ni yea. tak janji :p


Selepas susah payah check in akhirnyaa dapat masuk bilik. tingkat 23! ommjay batuk-batuk jap dalam lif akibat kekurangan oksigen *tipu* bilik kami dekat dengan lif. terpampang signbod " Deluxe Club Room". wahh cammbest jek! jakun sebentar disitu. meleleh air nira basi. masukkan kad dan....ternganga. Luxurious beybeh!!! bukan biskot Luxurious tu taw!


selepas pintu ada cermin diri.
tu bucu katil. see jarak katil ke pintu.


ai rekues twin sharing. nanti kesian Amy kena hempap kaki ai plak kan.
sliding door tu memisahkan pandangan ke toilet.
belakang sliding door tu ada bath tab.
haa kan cakap bilik honeymoon! :p

isi-isi almari. almari ni berhantu sikit.
bila buka je pintu, mesti lampu salam tu nyala.

Tak sure la TV LCD or LCD

pandangan bilik air ke katil.
boleh tengok TV sambil berendam macam badak.

permandangan jika mengintai dari kamar Amy.

yg bulat kecik tu cermin "zoom".
boleh nampak segala white-head mahupon kelemumur.

shower room yg transparent!
buka air panas banyak2 utk hasilkan wap yg tebal.
so tiada lgi transparent. tapi kelabu asap.

bersedia utk manjadi badak.
psst! sliding door dah tutup :p

pagi ahad kami bersidai disini lepas breakfast yg mewah.
nak terjun tapi sejuk maka batalkan hasrat itu.
sia-sia bawa bikini.

Malam sebelom tu kami gigih pegi Pavillion. jalan kami je. ada macam terowong/jambatan terus hubungkan hotel & Pavi serta KLCC. so tak jejak pon jalanraya yg penuh sesak itu.

serius, ai tak pernah jalan-jalan KL camni. selalunya ke Kg Baru & balik. tiba-tiba rasa macam pelancong asing yg sangat jakuns. best juga sekali sekala camni. jalan-jalan cari pasal.

sungguh sesak tapi happening gila. macam dah kat Tokyo.
eleh macam penah pegi Tokya. haha. Uniqlo tu buat kami feeling-feeling Tokyo :p


masa nak balik baru cek rate bilik kami. rm495/night. 2 malam dah rm1000 kot. perghh! boleh dapat handbag idaman tahu. tapi inilah dikatakan rejeki. nak check in saja-saja memang tak la kot!

x

okies Selamat Berpuasa :)

26 June 2012

Jalan-jalan Cameron Highland

Assalamualaikum & Selamat Pagi :)

8 minggu lepas kami ke Cameron Highland. berderap @ jalan-jalan adalah hobi ai tak kira masa & ramalan cuaca. Asalnya ini adalah plan Lily utk bawak mok (nenek) berjalan-jalan. malam sebelum tu ai & Amy ke rumah Lily jenguk Sophie Lutfiya, then Lily ajak join sekali. hape lg gigih la Amy balik ambik baju & tido umah ai.

Ketua kami adalah Pokwe suami Lily iaitu satu-satunya kaum adam yg dibenarkan ikot gadis-gadis cun ini. dah lama ai ajak Oppa pegi tapi asik tak sempat je. Oppa cakap jauh tapi ai tak percaya. pakcik google map cakap 2 jam dah sampai. ghupanya memang jauh dekat 5 jam jugak la. 2 jam tu kalo highway semata-mata. itu la pentingnya dengar cakap org dewasa seperti kekaseh anda dari percayakan google yang belum tentu setia.


antara mereka yg bekerja di hari ahad.
kumpul OT barangkali.

Lily & family. rhendu mereka semua!
mok begitu sporting ajak kami bergambar2.

nenek kebayan Tanah Tinggi.
sedar-sedar hidung dah hitam.

kami di Strawberry Park. macam biasa strawberry sgt murah kat sini.
ada ice-cream, jem & etc. petik strawberry rm25/box.
nak beli terus pon boley.. rm15/box (L) & rm10/3box (S).

meet Sophie Lutfiya :)
kesian Sophie kena gigit. gagaga


x


okies babai!

22 June 2012

Jalan-jalan Labuan

Assalamualaikum :)

Last week punya task sudah settle iaitu Jalan-jalan Labuan. ai pegi tak lama 3 hari 2 malam & hanya bertemu Oppa tak sampai pon 8 jam rasanya. oke la dari tak jumpa langsung kan baru ada yg tersedu sedan.

Just nak share, tiket ke Labuan minggu tu hanya rm381 return berbanding minggu-minggu lain yg dah cecah rm1000 tahu.untonglaa kan! Tiket ke Labuan memang agak mahal maybe sebab 1 flight je sehari.

Day #1

Sebelom Subuh ai dah bertolak dari umah Amy. hengatkan dia main-main 20 mnt je ke LCCT, rupanya memang benarr. tak sampai 20mnt kami dah sampai sana. maka bekpes KFC dulu & solat Subuh penuh toma'ninah. ai dah web check in, bajet boleh la masuk 25mnt sebelom boarding sempat try test setiap kasut dlm carlo rino lg. tiba-tiba dah 'last call' & ai la manusia paling belakang sekali beratur kat gate.

735 sudah selamat tido dalam flight.ngantukk! tp agak terganggu jugak la dgn mereka-mereka yg berdengkur macam kritikal tu. rasanya kalo flight langgar awan pon tak bising camtu. 20mnt nk landing dah nampak darat sikit. oyeah. Labuan! ai nampak Oppa flying kiss dr plant Petronas tahu. *tipu*

Moden jugak Airport Labuan ni berbanding Aloq Staq.oke International kan. Sementara tunggu Boi sampai sempat la sedarkan diri berkali-kali. yela macam mimpi datang Labuan dgn tiba-tiba. no plan at all :)

Oppa sedang bekerja. sebelom lunch sama-sama Boi bawak ai ke pasar tani. sangat best bg kaum wanita. kat sini boleh dikatakan half dr buyers dari semenanjung. cari benda RARE barangkali. depan pasar tani ada beberapa memorial English. sempat la snap gambar bajet pelancong asing. 1230 Oppa datang pick up di Ujana Kewangan. macam biasa Oppa bersama kembarnya, Pokmie!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baziir Labuan


tipulah kalo tak tergugat langsung :p

Sebelom ke Ujana, kami pg culik Indah & ke Bazar Labuan. ohhh sorgaa mutiara! gelap mata gelap segala bila tengok banyakkkk sgt aksesori WANITA! capslock memudahkan kaum adam utk jeles haha. guess what, ai jumpa banyak sgt ore Klate tgh shoping. lawak laa tawar menawar dlm bahasa Klate padahal penjual tu Filipino & Labuan. tapi masing-masing paham la pulak. ai tak sempat rembat ape2 sebab rush nak ke Ujana. panas bhaa di sini..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas lunch Oppa dah masuk plant balik. So Boi bawak kami ke Taman Burung. tiket masuk rm3. oke Boi belanja! macam-macam spesis burung ada kat sini & ada banyak terowong-terowong kecik utk ke kawasan berlainan. ala macam terowong underwaterworld tu cuma terowong ni kat darat & ada pintu pusing-pusing :p

cantik & klasik taman burung ni. tengah-tengah hutan tahu. part paling kelakar bila burung tiong emas tegur kami. "Assalamualaikum, sudah makan?" haaa nak jawak ape?? ai ingatkan speaker atah bumbung ke bawah tanah ke tapi memang burung tu bercakap. macam-macam lagi dia cakap. ajaib! *jakun*





------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

lepas tu kami ke Muzium Chimney. sejenis muzium arang batu. sayangnya gambar dalam muzium takde. punya la eksaited masuk terowong arang batu. bising-bising dgn Indah macam muzium atok kami. 3minit kemudian ketawa terbahak-bahak sebab terowong tu hanya bape meter je! kami je yg eksaited lebih uwaaa malu dekat pak guard di kaunter. keluar je terowong terus nampak kaunter depan tu. pak guard tu senyum tanda paham masalah kami haha.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Destinasi seterusnya ke Peace Park & Surrender Point di Pantai Kg Layang Layangan. Indahnya permandangan hijaun dedaun. tiba-tiba puitis sendirian. cabaran disini adalah mendaki Peace Park. sapo suruh gigih sangatkan. pakai kain pulak tu. tapi demi efek yg lebih real kami sanggup bersila-sila mambayangkan 'kebebasan' dari pokok-pokok disitu. tiba-tiba BB ai abis bateri. roginyaaa! banyak lagi benda cantik di kawasan ni. gamba Surrender Point pon tak sempat snap. *sigh*






------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jam 5 adalah masa untuk culik Oppa di Plant 1 PML. tepatt je kami sampai demi kebahagiaan itu wahh ayat! Oppa ni kena culik sebelom bos beliao culik. nanti meeting-meeting-meeting. meeting tu ape? baru 2 hari tinggal opis dah lupa perkataan meeting hahahahaha.

Boi bawak kami ke War Memorial Park. tadi Nippon, skang Australia pulak. sedih bila baca petak memorial. mula-mula ingat batu nisan, ai usha jauh-jauh je. setiap petak tu ada tulis nama, pangkat & bila terkorban serta ucapan2. bagi yg tak dapat dikenalpasti bila terkorban, ada label "Unknown unto God". sedih kan bila ingat perang-perang ni. tak kira lah baik or jahat tp tetap dikira pejuang :)

Simpton mengidam mula mengganas. oleh itu Oppa belanja dinner di seafood restaurant. dengan tamak haloba order tomyam,ikan bakar, ketam butter,kailan ikan masin dll. banyak gila sampai tak larat nak abiskan. rm80 ajeee utk 3 org. sangat murah kan. tambah murah sebab 'abang bayar' hehe

abam Ir. sedang BBM awek cun. beliao tak tau awek cun dah lama sampai :p

Boi kata ini London Labuan :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kami singgah jeti kejap ambil angin sepoi-sepoi language. kat sini ada Marine Muzium tp dah tutup. so kami meilih utk mengira kapal-kapal yg ada sementara Boi & Indah mencipta efek ombak rindu di gigi air.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Day #2

Oppa maseh bekerja di hari ahad tahu. so pagi-pagi adalah afdhal utk tido bagi traveller macam ai ni. wuawua. dengan sebijik kipas beserta aircond, mimpi akan menjadi lebih indah di kediaman Indah Tri Wahyuni :) semalam tak dapat feel camni sebab dah lari tido ke bilik Indah akibat ketakutan yg tiba-tiba datang. mujurlah boleh tido dengan Indah. hihi.

selepas Zohor Oppa datang utk lunch Nasi Kukus Aime. ai benar-benar mahu kesitu lepas tengok gamba yg Oppa upload. laparnyaaa! macam 3 hari tak makan. hebatnya penangan nasi kukus :p ai terharu Oppa sanggup skip meeting/kerja semata-mata nak temankan ai. sob sob sob. TQ sayam :)

Date kami agak terganggu dengan aktiviti basuh keta. dari jam 3-5. 2 jam okey! omjayyy. ai tak paham apa yg dorang buat sebegitu lama utk sebiji kereta. *lap peluh* dengan penuh kesabaran kami berbual kosong dengan muka tak puas ati :p kalo kat KL 20minit siap.

lepas tu terus berlari-lari ke Bazar Labuan nak beli souvenirs. haiyaaaa awalnya tutup. maka berlari lagi ke Ujana. bila masuk Ujana harga pon dah jadi harga bandar la. #aptb! sempat la sambar 2-3 ketul yg benar2 mampu je. tengah bulan hey. window shoping aje laa.

Oppa bawak ai ke pantai utk melupakan peristiwa ketidak-mampu-an tadi haha. di sana Boi & Indah sudah setia menanti utk sama-sama lihat sunset :) Subhanallah cantikkk!



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Day#3

Balik KL suda utk bertemu jerebu. Pokmie hantar ke airport sebab Oppa sedang di dalam plant. keja lagi! kesian my Oppa. letih 7 hari kerja tanpa henti. sabar yea..itu semua demi pengalaman yg paling berharga di alam pekerjaan :)

Antara tajaan-tajaan yg hadir. sebuah Vios TRD & penginapan 5 bintang di Taman Sec Rancha Rancha serta pakwe yang penyayang! :D thanks so much Oppa, Boi , Indah & Pokmie. jasamu dikenang :)

sampai KL Amy pickup & terus masuk opis. gigih kan?


x

bye Labuan!

04 June 2012

Coti-coti Family 2012

Assalamualaikum =)

How are you Sephian2? boleh eh camtu. awal bulan May itu ari (dah berkurun baru nak cita) my parents & siblings datang melawat anakanda/kakakanda yg keseorangan di KL ni.bosan tahu sebatang kara di tengah kota ni. punya la HAPPY tak hengat. lepas ni belum tentu dapat berkumpul camni. adakah ayat tersebut merupakan sejenis hint? sama-sama kita nanti kan :)

sebelom tu buChik datang teman 1-2 minggu. terkedu makk bila kena tingal sorang-sorang. osmate suma gigih nk kawen awal terpaksa la memindahkan diri utk kali ke 6! thanks Mommy & Dad sebab bawak manyakkk barang rumah, tolong kemas2 umah setting2 bagai. mungkin tak 100% tapi sbg anak sy amat hargai & bersyukur punyai parents yg sgt ambil berat & sentiasa tolong anak-anak :)

Since Dad dinasihatkan makan obat kolestrol, kami suma pon takde la seungguh ati pegi makan gulai kawah ke nasi lemak ke. kami pon berpantang jugak lah! tapi kadang-kadang jadi pantang jumpa. mana tahan tengok makanan-makanan itew :p masa pegi IKEA Dad hanya boleh makan solomon + vege tapi kami bantai suma hihi.

setelah settle makan + shoping + melawat sanak saudara + sanak saudara melawat kami berempat decide jalan-jalan cari identiti ke Berjaya Hills Resort Bukit Tinggi :) gigih tahu. Dedeq bersalah sebab beriya-iya hasut kami gagagaga.



#1. Colmar Tropicale : Tarikan utama disini. memula sampai tu dah macam nak hujan. oke la sebab tak panas sgt kan. ramai jugak pelancong tak asing haritu. termasuklah kami berempat yg solid serta padu.

adik - adik sekelian. muka serta tinggi yg berlainan sama sekali

naik menara. posing tengkat dua. dedeq itu gayat sebenarnya


Coach seumpama wedding William & Kate :p

kuda warna-warni. dedeq tak hiraukan camera lepas dapat bubble. rm 12 tahu!

kami berempat. excuse me pelancong asing. takde la tebal muka sgt kan haha

banyak model sambilan kat sini. lihat keseluruhan gambar utk lebih jelas.



model tangga versi lelaki

hah..abang dedeq yg lebih eksaited main bubbles!

dalam kedai souvenirs. fridge magnet sgt murah kat sini :)





2# Rabbit Farm : masa pes time datang ai tak singgah sini memandangkan tiada kanak-kanak ribena terlibat. rupanya lagi la best dari Botanical Garden tu. sejenis hutan lipur lara. Rabbit Farm ada cafe, donkey riding, rabbit & wonderpet haha.


kancil kejar dedeq hahahaha


Rabbit yg jinak

boleh berangan melancong ke Aussie



3# Donkey Riding : rm6 je utk kanak-kanak. round sekali satu taman. sebelom masuk sila beli tiket dahulu ya..


haiwan yg pemalas akan disimpan.
sekali bunyi terkejut suma manusia!

beratur ikot turn dalam tiket.

dedeq sedang neves naik donkey.

benti utk posing :)


sehingga jumpa lagi


x

okies babai!