Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

19 April 2013

Mark & Spencer Cookies

Assalamualaikum :)

Sekian lama tak hupdate blog tiba-tiba letak gamba biskot. Salah satu pantang larang ai adalah - tak boleh nampak M&S. bukan gilakan baju or kasut tapi gilakan biskot bhaha. sedap oke!

Mestilah sedap kalo dah harganya pon sedap. bagi ai oke la. sangat berwaspada harganya. dalam RM7 sebungkus. Included tambang flight + passport. So tak payah pergi UK. Sometimes ada promo. time tu la nampak sikap tamak haloba sebenar. Hambikk je suma. Abang bayar! haha

Kalo kt UK M&S ni macam Tesco orang cakap. Tahap biasa-biasa je. 
Ahh janji biskot ni sangat sedap. *kelip-kelip mata



25 March 2013

7 months ++ Preggy


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. pejam celik pejam celik dah masuk 30weeks pregnant. cepatnya! masa alahan dulu rasa lambat sangat. sekarang dah senget benget perut si kecil golek-golek :)




x

doakan kami yea :)

15 March 2013

REVIEW : DIY Veil Akad Nikah

Assalamualaikum :)

Salam Jumaat buat semua. 
Disebabkan tak jadi pegi shopim maka ai decide update secebis entry untuk arini - Review Veil akad nikah. Chewah!

Pandang -pandang gambar akad nikah teringat pulak kawan-kawan pernah tanya 
" Tempah kat mana Veil?"



Actually ai DIY veil ni. Simple. Lagipon kami nikah lepas Asar. 
Kalo malam boleh la meriah sikit Veil ni :) 

Ai beli chiffon & potong halfmoon shape. Tampal border lace & jahit 3 jenis manik. Bajet 3D uols!




Lepas tu ai pakai Shawl & Inner macam biasa. Pakai Veil & pin. Siap! :) ai hanya sesuai pakai macam ni. No awning.



x

Love

12 March 2013

Selamat Pengantin Baru Farah


Selamat Pengantin Baru Farah :)


Farah adalah officemate ai dan juga junior masa di SMKSH dolu-dolu. 
Tak sangka dapat kerja sama-sama.


Memandangkan ai dah tak larat nak hadapi perjalanan jauh, ai decide fly aje la. Lagipon tiket sedang murah time tu. Sejak-sejak preggy ni ai naik MAS je uols. Malas nk gtaw sebab musabab tak naik Qatar Airways hahaha. 
Sape yg biasa naik segala belon ni tahu lah sebab nya itew.

Sebenarnya tak praktikal pon fly balik perlis ni. Perlis ketiadaan airport. Oleh itu terpaksalah menyusahkan ibu bapa bg tujuan menjemput mak buyung ni. Jauh la jugak. Almost 60km & bukan highway. Semputt. Kalo highway skali press je kan.







Lepas kenduri Farah ai merayu kat Buchik. Mohon tunaikan hajat nak makan laksa & bihun sup Kuala Perlis. Padahal baru lepas makan kan. Siap amik ayam banyak lagi. Ampunn Farah. Hewhew. Tapi impian anak kecil harus ditepati. Macam biasa la sesambil tunggu order kami akan lintas jalan buat drama swasta tepi pantai :)

Balik dr KP ai ternampak sebakul Pesta di Kangar. Apa lagi. Singgahlaa. Tak padan ngn sakit pinggang. Boleh hilang seketika sakit ni kalo singgah tempat camtu. Nasibla anak. Ibu kamu menang begini. Bhaha. Mostly peniaga pesta tu dari UniMap. Bagus! Mana nak dapat untung kalo bukan dari menjual kan :)

Esoknya g Thai. Tak larat dah. Pegi beli kasut DedeQ je pastu balik. Baru tahu erti keletihan mengandung. Macam tu la mak rasa agaknya dolu-dolu. Insaf!

Malam tu dh fly balik KL. Berdua dgn baby tembam dalam perut. Sadis! Papanya di Labuan. Buchik lak masih bercoti sem. Flite delay sikit so sampai lewat la jugak. 

Sibbaik ada lg ERL. Sampi TBS kena jalan lg 6 batu. Letihnyaaa :'( ai tak suka benti TBS! Finally Lili sampai & anta balik pJ. Thanks sahabat :) tp kakak Sophie tak datang. Dh titun :p

Begitulah masalah sy minggu itu. Penuh dengan suka duka. Hee. Oke selamat beramal :)

WISHLIST untuk Baby


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi. Kandungan ai sudah pun berusia 7 bulan :) semakin berisi semakin bertambah berat. Baby juga semakin aktif protes kalo lapar :D

Tak sangka dah masuk 7 bulan. Kalo mengenangkan time alahan dulu sadis rasanya. UNPAID LEAVE sebulan lebih tahu.

Ai jenis tak suka bergantung sangat pada Oppa. Oppa pon baru nk start bina kerjaya sendiri, nanti nk tanggung anak lagi.sebulan tanpa gaji semestinya short segala saving yg ada. Biasalah adat makan gaji. So saving semakin berkurang + tak boleh saving utk bulan tu. Haish

Tapi itu dulu. Alhamdulillah sejak join bisnes ni sumanya dah back to normal. Malah ibu dengan senang lenangnya SHOPPING barang baby! Yea shopping is therapy! Lovelovelove. Syukur, rezeki baby :)

Dalam perhatian : Quinny Stroller


Memandangkan perut semakin membesar, masa bershoping harus di pendekkan menjadi 2 jam. Selalunya 8jam pon rasa tak cukupkan wuwu. Oppa nun di Labuan, mujur ada Buchik yg bawak kakaknya ke mana-mana.

Tak lama lagi dah nk bersalin. Due 3 June 2013. 4 June besday ai!  Jika tiada aral ai akan bersalin di KL atau Klate (mana yg sempat). Ada rezeki berangan nk bersalin di SDMC or mana-mana private hospital. Bukan berlagak tapi ai sedar diri ai jenis penakut.takde pengalaman masuk hospital.inikan pula nk bersalin anak sulung.ngaa

'Ko takpe lah banyak duit' kata member ai. Alhamdulillah. ai akan terus menabung dari bisnes ni :)

Akan datang : Tranformasi 2013


Lepas tu berpantang di Perlis. Tak sabar nak berpantang dengan PB Corset! Nak cepat sihat luar dan dalam. Paling penting badan kembali ada 'curve' walaupun berisi :D 

Awal-awal lagi dah gtau Mom. Taknak bengkung 20meter or any belit-belit. Mom amat memahami sikap pemalas azali anaknya ini. Ai nak yg pantas tapi berkesan. Boleh? 

Tentunya boleh kalo pakai PB :)