Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

21 August 2013

Happy 1st Anniversary



Happy Anniversary hubs.
 I'm honoured to be by your side. 
Je t'aime mon mari ♡

Alhamdulillah genap setahun usia perkahwinan kami 3 Syawal / 21 August :) Semoga Allah memberkati perkahwinan kami & berkekalah hingga akhir hayat serta dikurniakan zuriat yang soleh & solehah. Amin

Terima kasih Suami kerana sabar menjaga & mendidik saya. 
Terima kasih juga atas segala pengorbanan untuk ibu & Safiyya :)

Even tak sempat celeb sama-sama sebab papa dah ke Labuan pagi tadi,kami tetap ingat & doakan papa selalu.





Doa Pengasih Rumahtangga


26 July 2013

Safiyya - 2 months Old


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah Safiyya dah pon berusia 2 bulan. rasa macam baru kelmarin dulu je bersalin. kelmarin dulu la la nampak logik sikit kan. kekadang tak percaya dah bersalin. aritu kan masih preggy hewhew. baby blues barangkali.

Ai dah 2 minggu masuk kerja. Safiyya tinggal ngan maktok & tok abah & dedeq di perlis. sobs. Ghibuu (ibu dalam bahasa Safiyya) rindu kamu tahuuu. 

2minggu ni ai berulang alik seminggu sekali ke perlis sesambil bawak balik stok EBM. Ai campo jugak kekadang susu kambing brand Karihome. Masa dalam pantang supply tak dapat memenuhi demand mek kecik ni. sejam sekali nyusu :)

Masa lahir kecik je Safiyya. 2.49kg je. sesuaila dengan ketinggian ibu dia. belum pon masuk 2 bulan berat beliao dah cecah 4.6kg. itula ibu dah pesan suh diet. taknak dengar..haha


Senang nak dukung Safiyya. badan tegap keras macam dah 5 bulan. tak suka baring nak duduk macam dah dewasa. orang cakap kalo nak baby tido lena, bagi dia tido meniarap. ai dah coba tapi Safiyya sujud, bukan meniarap hahaha



Baru lepas demam.. ceria :)



Bodyguard rasmi Safiyya - Dedeq @ Poksu


x


"Ya Allah..peliharalah anakku. Jadikanlah dia anak yang solehah & sentiasa di dalam redha-Mu"



07 June 2013

Cerita Bersalin : Dhiya Nur Safiyya

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah syukur pada Allah swt. Ai telah selamat melahirkan puteri sulung kami yang diberi nama Dhiya Nur Safiyya Binti Mohd Saifuddin 2.49kg pada 26 May 2013 bersamaan 1434h - 2306 di SDMC Subang.


Ramai yang terkejut ai bersalin tiba- tiba. EDD 3 June. Kiranya awal seminggu. Sehari sebelum tu ai pegi check up. Baru 1cm so boleh balik jalan-jalan  Sunway Pyramid cari laksa sarawak. Bajet dalam 2-3 hari lagi bersalin. Masa tu busy update pasal makanan je.

Fresh from mommy's womb :)

CERITA BERSALIN

Ahad pagi rasa perut memulas macam sengugut. Dalam hati rasa macam bukan tanda sebab sebelum ni ai memang selalu dapat false alarm. So sambung tido kunun nak rehat haha. Letih jalan-jalan semalam tahu. Tengahari still rasa lagi so call mom inform situasi tak cemas tu.


Lepas Asar Teh datang jenguk lepas mom call inform situasi itu. Tok ayah pon ada ;) macam biasa la sembang kencang minum petang. Tapi kan rasa meningkat sikit volume sengugut tu. Teh advice terus pegi hospital takut-takut dah nak bersalin. 

Kalo ikot tokchek,mom & teh sendiri memang stail sakit terus bersalin. Ai decide nak pegi lepas Isyak. Selesa solat kat rumah lagi. Atas nasihat Oppa & Adik kami pegi lepas Maghrib. Potensi jem tu sangat tinggi.

815 admitted setelah skala ritcher 3.5cm. So tadi tu benar-benar sakit nak bersalin la. CTG berkata contraction ai setiap 3 minit tapi takde la sakit sangat pon. Nurse terharu sampai tanya 'you tak sakit ke? Your contraction a bit high you know'


Nurse tanya lagi kalau-kalau nak ambik epidural. Ai memang plan taknak ambil epidural. Risau side effect. Dalam hati kecut perut jugak bila nurse cakap nanti lagi sakit. So ai decide ambil pain killer je. Pain killer hanya boleh diambil sebelum bukaan 6cm. Masa decide tu bukaan dah 4cm++.


900 doc datang pecahkan air ketuban. Scary tengok gunting tu tapi sebenarnya tak rasa apa pon sebab jalan dah buka separuh. Rasa lega lepas air ketuban keluar. Ringan je rasa perut hehe. Cepat-cepat minum air selusuh yang Oppa buat. Terima kasih Suami :) Ai nak jugak Oppa yang buatkan. Air selusuh 1 lagi otw dari Perlis. Macam dah tak sempat sampai je.



Alhamdulillah kini sudah bertiga :D


Sambil tunggu bukaan ai baca doa Nabi Yunus. Boleh sembang lagi ngn Oppa. Makin lama makin sakit. Makin kuat cengkam tangan Oppa. Mata semakin banyak terpejam tahan sakit. Ai jenis tak menjerit meraung tapi air mata sudah mengalir. 

Sepatutnya tak nangis pon boleh rasanya tapi ai terharu masa Oppa bacakan doa-doa dipermudahkan urusan bersalin.  hati tisu! Masa tu pikir macamana kalo ai tak panjang umur dah tak dapat jumpa Oppa. Pikir juga mak ayah & adik-adik yang otw dari Perlis. 

2-3 hari sebelum ai dah minta maaf & mohon keredaan Oppa. Kalau-kalau Oppa ada rasa tersinggung sekalipon ai mintak maafkan & redhakan ai untuk bersalin. Penting ya redha suami & ibu :)

Nurse datang jenguk 10minit sekali. Nurse pesan kalo sakit sedut gas so kurang sikit rasa sakit & kalo sakit sangat picit emergency bell. masa tu dah separa sedar efek sedut gas tu. Nak harap sedut sendiri memang taklah. Nurse yang assist untuk sedut. Macam kena paksa pon ada :p 

Bila rasa conttaction tahap max ai dengar Oppa tanya nak panggil nurse tak. Ai mampu angguk je & Oppa terus picit bell. nurse cek dah 8cm. Doc otw datang dari rumah. Kelam kabut sumanya coz tak sangka cepat je bukaan.

Doc sampai je bukaan dah 10cm & memang rasa baby dah nak keluar sangat-sangat. Push Wahida push!! 2x push pendek baby belum keluar. Ai sedang lali sebenarnya. Contraction off 2minit kot. Masa tu baru doc pasang segala kertas or plastik lapik-lapik yang sepatutnya. Rupanya tadi doc datang terus nak sambut. 

Kali ke 3 push agak panjang & dengarlah suara Safiyya uweek uweek. Alhamdulillah..legaaa :D

Safiyya bersih sangat macam dah mandi. Just ada tompok darah sikit kat rambut. Betul lah orang cakap kalo banyak minum air kelapa baby bersih. Ai bukan setakat banyak tapi rasanya overdose air kelapa. Favourite ever tahu. Plus makan VCO lagi.

Oppa sendiri potong tali pusat Safiyya. Masa doc tunjuk Safiyya dekat kami, Safiyya senyum!:)) Alhamdulillah lepas selesai sumanya tinggallah kami bertiga sementara dipindahkan ke wad. Syukur ai dipermudahkan segalanya. Sakit sebenar tak sampai 2 jam pon. Berkat doa semua :)

Apa yang Oppa bagitau, ai sebenarnya tak perlu 'gunting' pon. Doc memang taknak gunting coz yakin boleh lepas. Tapi ai tak larat. Lali khayal suma ada sampai kering tekak sedut gas tu. Kalo la ai tahu ai akan push betol-betol masa awal tu hehe. Oke bye. Sekian..

28 April 2013

Man. Utd Champion BPL 2013








Once upon a time - Cuppies from Oppa 









24 April 2013

List Barang Newborn Baby & Ibu


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah usia kandungan ai dah pon masuk 34weeks. Semakin maju kehadapan serta kembang ketepi-tepi. 

Oleh sebab itulah jugak ai tak dapat join Company Trip ke Istanbul. Sadis anak kecil ibu. Nasib baik Istanbul kalo Paris ada yang menetes airmata tak dapat terima hakikat haha. takpe nanti Ibu bawak baby pegi Holland oke? *usap-usap perut :p

Okay berbalik pada tajuk entri, ai nak share la sikit-sikit List Barang Newborn Baby & Ibu. List harus ada. Ai beli yang mana betol-betol penting je dulu. Selebihnya order on9 nanti. ohh maseh lagi Shopaholic!

Latest photo setelah sekian lama tak bergambar ngn Oppa. hewhew


* Untuk Ibu ke hospital * (prepare dalam 7bulan untuk masuk dalam beg)
 
Kad Lawatan Hospital/Kad Merah 
Kad Pengenalan
Telefon Bimbit
Baju (2 helai) 
Stokin (2 pairs) 
Kain Batik (2 helai) 
Bra (3 helai) 
Disposable Panties (5helai)  
Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi) 
Tuala Mandi 
Maternity Pad/Pad Biasa (1 pek) 
Selipar (1pasang) 
Kamera
Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
Termos Air Panas
Bag Plastik 
Baju Sejuk (Sweater)-(1 helai) 
Sikat 
Breast Pad (4 pair) 
Nursing Bra (2 helai)


* Untuk Bayi ke hospital*(prepare dalam 7bulan untuk masuk dalam beg)
 
Baby Diapers (14 keping) 
Baju (3 helai) 
Minyak Yu Yee Cap Limau
Baby Wipes/Wet Tissue (2 pek kecil) 
Tuala Mandi (1 helai) 
Stokin/Sarung Tangan Bayi (5 pairs) 
Peralatan Mandi
Selimut/Bedung (3 helai) 
Barut (4 helai) 
Topi (1 helai)

Berpantang (Untuk Ibu)  
Set Berpantang 
Stokin 
Baju Sejuk 
Selipar
Kain Batik 
Bengkung - PREMIUM BEAUTIFUL taknak belit-belit 20meter! hehe
Maternity Pad 
Pad Biasa 
Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka) 
Minyak Angin/Urut 
Makanan/Minuman (Air Masak, Horlick,  Susu, Biskut, Roti)
Tukang Urut

Baby Gear 
Baju- Lengan Pendek (5 helai) 
Baju- Lengan Panjang (5 helai) 
Rompers (5 helai)
Seluar- Pendek (5 helai)  
Seluar- Panjang(5 helai)  
Sarung Tangan + Sarung Kaki (5 pairs)  
Baby Bip (1 helai) . 
Sapu Tangan (5 helai/set)
Barut 
Topi 

Diapering 
Napkin (1 pek) 
Lampin Pakai Buang (3 pek) 
Safety Pin 
Changing Mat 
Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi 

Baby Care & Grooming 
Losyen Bayi 
Wet Tissue 
Sikat 
Putik Kapas (Cotton Bud) 
Pengepit Kuku (Nail Clipper)
Nasal Aspirator (untuk selsema)   
Methylated Spirit - alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital)
Minyak Yu Yee Cap Limau 
Cotton 
Diaper Cream
Beg Baby

Nursering 
Selimut 
Bedding set 
Katil Bayi 
Dimple Pillow
Kelambu 
Bakul Baju Kotor
Almari Baby  
Bakul Baby (Simpan Toiletries Baby) 

Feeding  
Botol saiz S (2 botol) 
Puting Botol Susu (2 pieces) 
Berus Pembersih Botol  
Nipple Cream 
Nursing Pad Washable (2 pairs)
Nursing Pad Disposal (2 kotak) 
Shield collector 
Breast Pump 
Cooler Bag 
Breast Milk Storage Bottle 
Breast milk storage  
Nursing Pillow 
Termos
Cecair Pencuci Botol
Dyring Rack 

Travelling
 Beg Bayi  
Baby Sling 
Stroller 

Bathing 
 Tuala . 
Besen Mandi & Tempat Duduk Dulang  
Sabun Mandi 

Extra  
Penyangkut Baju Bulat Kecil 
Penyangkut Baju Bulat 
Penyangkut Kecil 
Bekas Spray Air